Tuesday, 17 April 2018

aku tak solat


dulu saya teruk. jujur saya cakap saya teruk. sejak kecil, saya dah tak suka nak beribadah. atau lebih spesifik, saya tak suka solat. bila kena suruh, saya mengeluh. cuba buat 1001 alasan untuk tak solat. dulu, saya anggap solat ini satu bebanan. entah untuk siapa saya sujud. mungkin kerana takut kena marah. mungkin juga takut dipandang serong oleh orang lain. tapi, semestinya, sujud saya bagaikan saya sujud kepada apa yang berada di depan saya sahaja. Allahu..

bukan itu saja, kadang-kadang, kalau saya dibiarkan berseorangan di rumah, saya akan solat kalau saya rasa nak sahaja. kalau malas, saya tak solat. bila ditanya, saya akan cakap saya dah solat. padahal sebenarnya saya tak solat lagi. Ya Allah, berganda ganda dosa saya.

bila dah baligh, saya mula untuk solat penuh. cuba untuk jaga solat. itupun sebab saya takut neraka. tapi, kadang-kadang tak berjaya. kalau saya tertinggal solat, tak terkesan pun kat hati saya. walaupun saya ini belajar subjek agama. malah, cemerlang lagi dalam subjek-subjek agama tapi saya langsung tak amalkan apa yang saya belajar.

tapi, Alhamdulillah. Allah is the BEST planner. bila form 4, saya dapat masuk asrama. bila duduk asrama, solat jemaah itu wajib. so, sudah semestinya saya akan menjaga solat saya. setiap solat akan berjemaah. tambah pula, orang di sekeliling saya mempunyai background agama yang teguh. sama ada bersekolah di sekolah agama mahupun mempunyai keluarga yang beragama. jadi, saya pun membiasakan diri dengan mereka. terikut apa amalan yang mereka buat.

sampai satu masa, Allah lembutkan hati saya. saya mula sedar. saya mula rasa nak berubah. tbh, saya tak tahu the exact time saya nak berubah. Hidayah Allah itu macam datang sikit-sikit. jadi, saya mula jaga solat. saya cuba amalkan solat di awal waktu.

dan sekarang Alhamdulillah, saya sudah jaga solat saya. saya akan solat awal waktu seboleh yang mungkin. saya akan cuba khusyuk dalam solat (jujur, saya masih merangkak nak khusyuk dalam solat. Kalau ada tips, boleh kongsikan) Bila saya tertinggal solat, saya mula gelabah, takut. dan saya pernah menangis sebab tertinggal solat. takut sangat itu..

Nasihat saya, solatlah. walau awak seteruk mana. walaupun awak minum arak, berjudi atau apa pun, solatlah. biar Allah yang tentukan untuk terima atau tak. inshaAllah, Allah akan bantu. mungkin awak golongan yang terpilih untuk mendapat hidayah-Nya. nak jadi lebih baik atau nak berjaya, jaga solat. sebab Allah akan jaga awak.

Wassalam

14 comments:

  1. You're so brave for sharing this! InshaAllah Allah akan permudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :) i do really appreciate it

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ana lepas masuk asrama time form 1 baru tahu betapa penting nya solat tu kepada seorang Islam, tulah hikmah pindah dari sekolah biasa masuk sekolah agama

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul. masuk asrama ini memang banyak mengubah diri saya yang sekarang

      Delete
  4. you know the best part is, "semua hal jadi mudah" . semoga istiqomah yaaa.. if jatuh, bangun balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. it is true :) terima kasih. inshaAllah akan saya titipkan dalam diri ini

      Delete
  5. Betul tu. Agree 100%. May Allah ease your path sister in whatever you do. ^^

    The Hundred Pages | Eyqa Zaque

    ReplyDelete
  6. lho ayahab lho kalau tak sholat ih ih ih

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tak berapa faham bahasa indonesia

      Delete
  7. masyaALLAH... jom kite berpimpinan tgn berubah ke arah yg lebih baik :D

    ReplyDelete
  8. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete

Do comment cause I will comment on your post back :)
p/s : leave your blog link